Entry: 28 tahun! Monday, March 23, 2009



semalam aku genap memiliki usia di atas, langkah yang dilakukan dengan pelbagai rasa, walau agak berat mana mungkin aku menangguh masa!

Tepat 12 malam, ucapan mula menyapa dan aku menghargainya, sungguh terharu.

Jika ditanya, rasa yang paling nyata, aku mula sedar diri makin dewasa! Hanya dua tahun sebelum menginjak ke angka dihadapan yang bakal bertukar.

Selepas 28 tahun, aku amat bersyukur dengan anugerah kehidupan dari Maha Pencipta, Allah S.W.T yang sentiasa merahmati dan mengurniakan rezeki kepada aku.

Walaupun aku melalui kisah-kisah yang memerluka kekuatan bukan sedikit, aku tetap bersyukur kerana segala yang dilalui dan diuji adalah bukti kasih sayang Pencipta yang mengetahui aku mampu menghadapi segala yang telah direncanakan.

Apa yang pasti, hari ini bukan lagi masa untuk mengenang kisah-kisah sedih dahulu kala, tetapi untuk terus bangkit, berdiri dan terus menjadi aku yang lebih gemilang.

Untuk mereka yang sentiasa ada di sisi, anda pasti tahu betapa payahnya menjadi aku, dan terima kasih kerana kepercayaan kalian adalah semangat dan senjata terbaik diri aku.

Untuk Ilah, terima kasih tidak terhingga atas kunjungan surprised bersama suami dan cik dhiya yang membawa sebiji kek malam tadi, ya Allah aku sungguh terkejut dan menghargainya! Kamu selalu membikin aku rasa paling istimewa! Sahabat, terima kasih juga untuk hadiah dream come true itu! hiks :)

Suhana di utara, entry khas di blogmu membuat hati ini sebak bercampur gembira, terima kasih kerana menghargai aku yang biasa-biasa sahaja ini, terima kasih kerana mempercayai kemampuan ini, terima kasih kerana selalu membuat aku rasa hebat dan terima kasih atas persahabatan yang sangat indah ini.

Akma, maaf kamu tidak perlu sahabat. Tuntutan tugas dan jarak membataskan kita tapi aku tahu diri ini selalu di hati kamu, kiriman sms maaf kerana tidak dapat menyambut bersama hadiah paling indah, apa yang pasti persahabatan kita tetap selamanya.

Makcik pastinya, insan paling istimewa terima kasih kerana selalu disamping aku, kamu wanita paling cekal pernah aku temui dan aku bertuah punyai kamu sebagai ibu saudara. Makcik, terima kasih untuk cup cake yang cute! (walaupun aku yang order sendiri boley?)

Kakak, terima kasih untuk kamu sekeluarga atas makan tengahari istimewa, bukan nilai ratus-ratus itu menjadi ukuran tetapi kasih sayang kalian sekeluarga buat aku sungguh bahagia.

Rakan-rakan di facebook termasuk student-student aku, terima kasih kalian! kalian buat aku sungguh terharu! aduh, thanks! million of thank you!

28, bukti aku perlu bertambah serius merencana hidup! doakan yang terbaik ya!

Terima kasih sekali lagi buat semua! saya sangat-sangat bahagia.

andheisadiva: akan terus melangkah!

   2 comments

one diva
March 24, 2009   08:13 PM PDT
 
sue, ia sangat bermakna!
diamilikku
March 24, 2009   08:19 AM PDT
 
apalah sangat entry biasa2 jika dibandingkan dengan persahabatan kannn

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments