Entry: Aku GEMBIRA! Tuesday, March 17, 2009



kisah ini aku simpan sejak sebulan lepas, ketika dilamar seorang rakan untuk satu tugasan di syarikatnya, ia istimewa sangat istimewa bagi aku!

menjadi sebahagian daripada sebuah syarikat gergasi yang semakin mendapat nama, ah itu memang cita-cita aku.

Aku simpan dengan rapinya, tiada siapa aku kongsi bersama cuma pada mummycik aku minta doa dan restu daripadanya. (Mummycik, i love u)

Hari ini, syukur aku panjatkan kepada Tuhan, Maha Besar Allah, aku diterima untuk tugasan itu, pasti fortenya menulis, apa lagi, aku diikat selama setahun untuk tugasan itu dengan bayaran yang amat baik.

Credit dan terima kasih ribuaannya buat seorang teman yang melihat bakat dan mencadangkan nama aku, thanks aku hargainya dan sampai mati akan ku kenang.

Maaf, agak sulit untuk diceritakan panjang lebar cuma kepada yang sentiasa menyokong terima kasih juga untuk kalian, moga ia satu lagi jalan untuk aku melukis warna pelangi hidup ini.

Satu-satunya sahabat yang aku ceritakan hal ini, simpan kerana kamu yang paling mengerti aku, dan sejak dulu sakit dan lelahku kamu selalu disamping tanpa ada rasa jelek!

Apa yang pasti, aku gembira, I am HAPPY :) Big Smile

andheisadiva: bila gembira tepuk tangan, hiks!

   2 comments

diamilikku
March 20, 2009   09:19 AM PDT
 
nak tahu teknik cantum2 gambar kannn..

bukak www.photoscape.com
pastu ikut arahan..download for free....
nanti bila dah success mendownloadnya..pilih je cantum2 yang diinginkan...drag n drop..tambah frame..tambah text..tambah icons2....terus va va vooom gambar...simple jer..yg penting kena donlod yaaa
diamilkku
March 20, 2009   08:41 AM PDT
 
SEDIH.....

huhuhuhuhuhuhu...
sampai hati berahsia..takeplah..kita kena sedar diri kannnn

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments