MARI BERDANSA DENGANKU


Friday, July 31, 2009
risalah hati

akhirnya hari ini aku kembali ke daerah yang dah lama aku tidurkan.

seperti biasa bila menjengkuk ke sini, untuk aku adukan kisah sedih supaya tidak sakit tanggung sendiri.

Abah di ICU sejak Selasa lepas, sebelum ni abah mula waded 17 Julai hari tu, mula-mula kat wad biasa tapi few days back masuk ICU sebab komplikasi jantung.

Petang tadi doktor jumpa kakak, jantung abah dah ditahap paling lemah, so no more dialisis for him, dah tak boleh langsung (abah memang go for dialisis since 2005)

so, sekarang abah akan lalui pembedahan di perut untuk saluran tebuk air, lepas ni abah perlu melalui proses cuci air empat kali sehari setiap enam jam.

satu persatu derita abah.

too bad to face pulak, buah pinggang abah dah totally damaged, so doctor nasihat operate buang, but since kata doctor buang bahaya tak buang bahaya, aku n kakak setuju let it be, no more operation, tak sanggup tengok derita abah! cukupla.

otak aku, hampir jammed tapi sekarang aku suka tak layan, buat-buat tak tau, buat-buat lupa sebab banyak sangat yang bermain, kos, derita abah, harapan, mak sakit, nasib diri ahhhhhh nak menangis pun dah tak lalu.

BERJALANLAH TANPA HENTI

yang buat aku tenang, bisik-bisik sahabat bahawa aku memang dilahirkan sebagai fighther dan kuat, dan paling atas Allah hanya uji mereka yang layak diuji dan ujian Allah tanda kasihnya.

Setiap kali aku hampir rebah dan tersungkur, bisikan indah itu menyapa teling seiring dengan lagu Ku Mohon.

Aku tak mau fikir, aku mahu lontar jauh-jauh sebab ia sangat menyakitkan dan bukan semua yang memahami, ada yang fikir aku terlalu manja dan lemah berdepan dengan semua ini, kalian boleh cerita apa sahaja, aku yang bermain wayangnya dan pemegang wataknya.

kisah aku bukan kisah indah, cuma kisah tentang sebuah perjuangan yang mungkin sekelumit pada mata rambang orang, tetapi tidak anda kalian hadir sebagai pemain pembantu seperti beberapa sahabat aku yang sentiasa berusaha memahami diri ini.

aku tidak minta simpati, cuma belajarlah bersyukur kerana kalian tidak mendapat watak aku, ironinya aku belum sekalipun menyesal malah membawakan segala kisah ini dengan seadanya, aku redha!

andai ada yang masih berselera berkongsi kisah aku, aku mohon doakan abah dan mama aku terus kuat, juga aku.

memegang watak sebagai Syarrizuan bukan mudah, pentasnya penuh gundah tapi sentiasa ada tuah, selagi ada nyawa aku akan berjalan tanpa henti, walau apapun yang terjadi.

salam.

andheisadiva: belum berhenti berharap!

Posted at 7/31/2009 8:38:29 pm by andheisadiva
BERDANSA la di sini!  

Saturday, June 27, 2009
jom beli belah

SALAM SEMUA,

saya hadir seketika dengan penuh mesra menjemput anda semua ke;

KITA SUKA AWAK SUKA (shopping online)

cuba dulu baru tahu, eksklusif untuk anda! Wink

andheisadiva: thanks pada yang comment dan emel saya akan update soon, tak sangka ada gak yang masuk, su: thanks sbb addkan KITA SUKA AWAK SUKA kat blog u ols!

Posted at 6/27/2009 10:46:47 pm by andheisadiva
BERDANSA la di sini!  

Thursday, April 30, 2009
begitulah aku!

salam,

begitulah aku, bersemangat benar hari tu konon janji tak nak blog ni sepi! tapi yang ado, masa hari ini berlalu memang tak kita sedar.

maklumla dengan tiga tugasan baru yang aku pikul, dengan masalah negara, bangsa dan keluarga, belum lagi sesi bergosip, sesi bersama kak yong dan macam-macam lagi.

Lebih-lebih lagi sejak hujung bulan lepas sampai tengah bulan April ni aku sibuk pindah rumah, memang sumpah wei penat, dalam tiga minggu baru setel semuanya!

Dengan nak pastikan rumah lama setel, semua peti ais, almari dan beberapa barang yang elok tapi makcik taknak kami 'bersamamukan' kepada jiran-jiran sebelah.

So, skang baru sesi nak make up sikit demi sikit, sakit wo, selain letih duit keluar macam air syabas yang tak ditutup kepala paipnya!

so, kita jumpa lagi nanti ya!

jaga diri, aku baik-baik aja walau ada kalanya bagai berdendang dalam tangisan!

oh, sahabat baik aku kema dan ridza akan bernikah ahad ini, akhirnya syukur, aku antara penyimpan mohor besar kisah-kisah mereka, dan cinta mereka memang berhak untuk diraikan, semoga kebahagiaan selalu menjadi milik kalian!

andheisadiva: tgh gila dengar lagu Cuba by Faizal Tahir and Satu by Dewa boleh meraung wo! Chow.

Posted at 4/30/2009 8:28:04 pm by andheisadiva
BERDANSA la di sini!  

Monday, March 23, 2009
28 tahun!

semalam aku genap memiliki usia di atas, langkah yang dilakukan dengan pelbagai rasa, walau agak berat mana mungkin aku menangguh masa!

Tepat 12 malam, ucapan mula menyapa dan aku menghargainya, sungguh terharu.

Jika ditanya, rasa yang paling nyata, aku mula sedar diri makin dewasa! Hanya dua tahun sebelum menginjak ke angka dihadapan yang bakal bertukar.

Selepas 28 tahun, aku amat bersyukur dengan anugerah kehidupan dari Maha Pencipta, Allah S.W.T yang sentiasa merahmati dan mengurniakan rezeki kepada aku.

Walaupun aku melalui kisah-kisah yang memerluka kekuatan bukan sedikit, aku tetap bersyukur kerana segala yang dilalui dan diuji adalah bukti kasih sayang Pencipta yang mengetahui aku mampu menghadapi segala yang telah direncanakan.

Apa yang pasti, hari ini bukan lagi masa untuk mengenang kisah-kisah sedih dahulu kala, tetapi untuk terus bangkit, berdiri dan terus menjadi aku yang lebih gemilang.

Untuk mereka yang sentiasa ada di sisi, anda pasti tahu betapa payahnya menjadi aku, dan terima kasih kerana kepercayaan kalian adalah semangat dan senjata terbaik diri aku.

Untuk Ilah, terima kasih tidak terhingga atas kunjungan surprised bersama suami dan cik dhiya yang membawa sebiji kek malam tadi, ya Allah aku sungguh terkejut dan menghargainya! Kamu selalu membikin aku rasa paling istimewa! Sahabat, terima kasih juga untuk hadiah dream come true itu! hiks :)

Suhana di utara, entry khas di blogmu membuat hati ini sebak bercampur gembira, terima kasih kerana menghargai aku yang biasa-biasa sahaja ini, terima kasih kerana mempercayai kemampuan ini, terima kasih kerana selalu membuat aku rasa hebat dan terima kasih atas persahabatan yang sangat indah ini.

Akma, maaf kamu tidak perlu sahabat. Tuntutan tugas dan jarak membataskan kita tapi aku tahu diri ini selalu di hati kamu, kiriman sms maaf kerana tidak dapat menyambut bersama hadiah paling indah, apa yang pasti persahabatan kita tetap selamanya.

Makcik pastinya, insan paling istimewa terima kasih kerana selalu disamping aku, kamu wanita paling cekal pernah aku temui dan aku bertuah punyai kamu sebagai ibu saudara. Makcik, terima kasih untuk cup cake yang cute! (walaupun aku yang order sendiri boley?)

Kakak, terima kasih untuk kamu sekeluarga atas makan tengahari istimewa, bukan nilai ratus-ratus itu menjadi ukuran tetapi kasih sayang kalian sekeluarga buat aku sungguh bahagia.

Rakan-rakan di facebook termasuk student-student aku, terima kasih kalian! kalian buat aku sungguh terharu! aduh, thanks! million of thank you!

28, bukti aku perlu bertambah serius merencana hidup! doakan yang terbaik ya!

Terima kasih sekali lagi buat semua! saya sangat-sangat bahagia.

andheisadiva: akan terus melangkah!

Posted at 3/23/2009 8:24:49 pm by andheisadiva
ada (2) yang BERDANSA  

Tuesday, March 17, 2009
Aku GEMBIRA!

kisah ini aku simpan sejak sebulan lepas, ketika dilamar seorang rakan untuk satu tugasan di syarikatnya, ia istimewa sangat istimewa bagi aku!

menjadi sebahagian daripada sebuah syarikat gergasi yang semakin mendapat nama, ah itu memang cita-cita aku.

Aku simpan dengan rapinya, tiada siapa aku kongsi bersama cuma pada mummycik aku minta doa dan restu daripadanya. (Mummycik, i love u)

Hari ini, syukur aku panjatkan kepada Tuhan, Maha Besar Allah, aku diterima untuk tugasan itu, pasti fortenya menulis, apa lagi, aku diikat selama setahun untuk tugasan itu dengan bayaran yang amat baik.

Credit dan terima kasih ribuaannya buat seorang teman yang melihat bakat dan mencadangkan nama aku, thanks aku hargainya dan sampai mati akan ku kenang.

Maaf, agak sulit untuk diceritakan panjang lebar cuma kepada yang sentiasa menyokong terima kasih juga untuk kalian, moga ia satu lagi jalan untuk aku melukis warna pelangi hidup ini.

Satu-satunya sahabat yang aku ceritakan hal ini, simpan kerana kamu yang paling mengerti aku, dan sejak dulu sakit dan lelahku kamu selalu disamping tanpa ada rasa jelek!

Apa yang pasti, aku gembira, I am HAPPY :) Big Smile

andheisadiva: bila gembira tepuk tangan, hiks!

Posted at 3/17/2009 9:00:31 pm by andheisadiva
ada (2) yang BERDANSA  


Next Page





andheisadiva
March 22nd 1981  (Age 28)
Male
Malaysia



   

<< December 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed