MARI BERDANSA DENGANKU


Sunday, March 15, 2009
TRANSFORMASI, katanya!

Kalau One In A Million dah nak masuk ke top 8 minggu depan, Akademi Fantasia musim ke tujuh baru bermula semalam, masing-masing berusaha menampilkan tarikan demi untuk memancing undi dan menarik penonton menonoton rancangan realiti yang disajikan.

OIAM, pastinya berada dalam kelasnya tersendiri, manakla AF7 kali ini menjanjikan sesuatu yang kononnya membawa kepada transformasi dari segi pemilihan peserta, tenaga pengajar, pengetua hinggalah ke pengkritik dan corak persembahan.

OIAM ditangan Awal dan Marion selaku pengacara bersama dan pengkritik Syafinaz dan Paul Moss bergerak dengan kemas dan mempunyai keistimewaann tersendiri, selepas pemilihan Ayu pada musim lepas sebagai jutawan suara nampaknya, kredibilti OIAM terus diterima dan sukar dinafikan.

Barisan peserta kali ini juga hebat-hebat belaka dengan muka baru dan beberapa artis rakaman, antara semua Esther, Nine dan Tomok merupakan pilihan aku kerana pakej yang lain dari yang lain, Tomok misalnya sumpah dia sungguh berbeza ketika bersama kumpulan Newboyz aku jujur aku tak lalu langsung nak putarkan lagu mereka.

Dalam OIAM tomok melakukan transformasi yang hebat, dan dia berjaya apabila mendapat kepercayaan Syafinaz dan Paul, kamu hebat, aku mula kagum dengan Tomok ni masa keberani dia nyanyikan lagu Beyonce-Crazy in Love.

Esther, she's so good, memang bakat yang hebat, manakala Nine buktikan negara ada penyanyi bersuara jantan husky yang sedap.

So, aku hope to see them in final.

Pasal peserta lain, semua pada tahap yang baik dan mampu meberikan saingan, Amylea x-AF, pada aku entahlah, susah nak kata, sebab ada attitude dia yang sangat menjengkelkan, itu pandangan aku.

TRANSFORMASI AF, Katanya!

Semalam, keseluruhannya AF7 tampil dengan pakej pelajar yang terbaik sepanjang musim sebelum-sebelum ini, semua ada kekuatan vokal dan tidak menyakitkan telinga.

Daripada 14 semalam, Hafiz, Rubisa, Zizi, Aishah, Isma, Claudia yang aku lihat paling hebat dan outstanding, vokal yang hebat dan membasuh semua noda vokal yang pernah mengotori pentas af sebelum ini! Syabas satu transformasi sudah kelihatan.

Anyway Adlin, aku setuju sangat dengan kata-katanya kepada Obri, maaf Obri tak menarik langsung, pelik u ols!

Semua manis, termasuk pengkritiknya dan pengetua serta tenaga pengajar yang ada kelas dan gaya tersendiri di mana kredibiliti mereka memang no doubt hebat, va va va!

Satu yang aku rasa af lupa nak transform ialah pengacaranya, walaupun tiada dosa besar yang Ac Mizal lakukan semalam (selain mempromosikan pertunangan bakal birasnya), aku tetap dengan pendirian bukan Ac yang selayaknya berada di atas pentas sebagai pengacara.

Kata transformasi, dah alang-alang semua nak berubah katanya, apasal pula tak pilih pengacara pun perempuan, af macam benggong dalam hal ni, takkan la team penerbitan tak nampak, sah-sah Sarimah Ibrahim mampu jalankan tanggungjawab yang lebih super duper baiknya dalam konsert mingguan. So kenapa letak dia dalam diari?

Begitu juga Reza (pengacara diari int), entahla mungkin aku sendiri, tapi sumpah setiap kali tengok muka mamat tu memang nak tutup tv, cara cakap yang buek2 dan sungguh slang pada sebutan 'r' nya, dan nampak sangat 'Sister-Sister' u ols, Aznil pun ala2 gak dulu tapi ada jugalah lagi machonya, ni tak ntah apa-apa yang diulang-ulangnya, maybe u guys (af team production) should take note hal ni kot (tuuu dia take note katanya, aku QSD kah? kan Imah)

Back to Ac, malam tadi dia ok la tak over sangat, tapi mind u, ada sembilan konsert lagi, so anytime mamat poyo ni boleh terkilaf kata dan mula jadi pengacara buek-buek lawak bodoh seperti keterlanjuran dia musim lepas. Mungkin kena ada seseorang yang jadi pemantau kepada dia.

Soal takde tagline student and tarian menuju puncak, tu pun cam ntahla, hal itu menimbulkan sentimen 'gegirl keliru' mengenai pendirian af production team di kalangan ramai penonton, tu bukan ke imej dan kelainan AF bagi nampak eksklusif rancangan ni, tapi katanya Transformasi, gituhla esok jadi robot tranfsormers amik kau.

Ok, la kita nantikan minggu depan!

andheisadiva: undi, never g never!

Posted at 3/15/2009 6:07:10 pm by andheisadiva
ada (2) yang BERDANSA  

Friday, March 13, 2009
Talentime

Talentime, sebuah karya terbaru pengarah prolifik Yasmin Ahmad yang memang berada dalam kelasnya tersendiri, dijangkan akan menyapa penonton dipanggung 26 Mac ini.

Meski saya masih ralat kerana belum ada rezeki menonton Mualaf, Talentime membangkit rasa yang bukan kepalang untuk kaki melangkah ke panggung, bagai ada tarikan magik untuk sungguh-sungguh saya pergi menontonnya.

Mungkin emosi sekarang atau termakan dengan tulisan Nor Akmar Samudin dalam Harian Metro dengan beberapa petikan (quotation) yang mengusik jiwa, bagi saya kemas tulisan Akmar mengenai filem terbaru Yasmin yang bakal menampilkan Mohd Syafie Naswip, Jacyln Victor, Seniwati dan Primadona filem Melayu Azean Irdawaty.

Petikan seperti:

"Hari ini (kelmarin) saya menonton sendiri Talentime dan jika inilah filem terakhir saya, saya sangat puas hati. Dengan kudrat tidak seberapa sekarang saya tak tahu bila boleh berlakon lagi. Tawaran memang ada tetapi saya tidak berdaya. Penggambaran lama dan saya pula tidak boleh duduk lama." - AZEAN
 
amat meninggalkan kesan kepada saya.

Lebih membuat hati melonjak mahu menonton bila Yasmin menyatakan, Talentime bukanlah memaparkan kisah pertandingan nyanyian yang sebenarnya. Pertandingan bakat sekolah itu hanya dijadikan penggerak kepada jalan cerita untuk menunjukkan sikap setia kawan dan perhubungan sesama manusia.

Apa yang pasti, petikan paling menyentuh hati dan saya akan pegang kuat-kuat mulai hari ini, pastinya dari Yasmin yang menjawab penuh makna apabila ditanya kemungkinan akan ada pihak yang bakal menimbulkan provokasi kepadanya.

Petikan itu berbunyi : "Jika ada yang masih cuba menabur pasir dalam periuk nasi saya, saya akan mengutipnya buang," katanya.

andheisadiva: pergilah, aku kehilangan tetapi sungguh aku tidak akan ada penyesalan!

Posted at 3/13/2009 2:41:52 pm by andheisadiva
ada (1) yang BERDANSA  

Tuesday, March 03, 2009
buek-buek

Sudah masuk Mac, bulan ke tiga dalam saban tahun dan bulan yang bermakna bagi aku.

Oh, mungkin ada yang bertanya kenapa lama menyepi, banyak urusan hingga gagal mencuri seminit waktu untuk aku kongsi apa-apa di sini.

Banyak kalut, ada juga kemelut malah kadang-kadang kabut menyapa diri, tapi jangan risau aku baik-baik sahaja.

Semalam satu berita sedih hadir, ibu kepada seorang teman aku pergi menyahut panggilan Illahi, Al-Fatihah buat bonda kepada Baizura Basri.

Syukur aku panjatkan pada Maha Pencipta dengan rezekinya minggu lepas, sempat aku dan ilah menjenguk arwah bonda bai, siapa sangka itu pertemuan buat pertama dan terakhir kalinya.

Aku tidak begitu mengenali arwah, tapi dalam masa yang tidak hampir sejam bertemu muka itu, aku tau arwah seorang yang penyayang dan ibu yang sangat indah.

Sebak rasa hati, bila terkenangkan usap tangan arwah kala aku bersalam memohon diri dan memberi sekelumit harapan dengan kata-kata semangat.

Masih terngiang kata-kata, "nak, datang tengok makcik lagi ya!"

Maaf bai, semalam aku tidak bisa hadirkan diri tapi doa dan Al-Fatihah sentiasa ada aku kirimkan buat arwah, Bai kamu kena kuat dan aku tahu arwah bangga punya kamu sebagai puteri sulung harapannya.

Oh, buek-buek ya

Tiada apa sebenarnya, cuma kadang-kadang aku rimas dengan sikap sesetengah manusia yang berlebih-lebih atau melebih-lebih ni, ada yang nak tunjuk 'aku raja, akulah mulia, akulah adiwira dan akulah yang bisa memberikan segalanya', sedangkan ada yang lebih berkuasa.

Bukan apa, dalam setiap yang kita lakukan biarlah ikhlas dan jangan berniat mahu menunjuk-nunjuk dari pahala langsung jatuh dosa dek kerana riak.

Ramai sikap orang-orang sekarang yang mahu memukul canang setiap kali melakukan amal, kompang dan bercerita seluruh alam, malah kalau boleh mahu ombak, hujan, dan ribu-ribu margasatua sebarkan cerita ke pelusuk alam, merekalah wira dalam melakukan amal.

Contohnya mudah, sumbangan konon membantu saudara seagama di Gaza mangsa kekejaman kaum yang di laknat Tuhan kafir jahiliah.

Hulur sumbangan dengan senyuman penuh di bibir bersama simbahan cahaya flash kamera, apakah g?

Mahu membantu itu sudah terpuji, tapi bila mengharapkan hebahan dan pujian itu sudah salah tingkah namanya, cuma harap aku amal mereka tetap diterima walaupun berlaku penolakan markah.

Abah aku? oh, masih dengan rutin rawatan dan puluhan pil yang ditelan serta berjenis cecair yang menyerap ke badannya saban hari, dan dia masih kelihatan kuat berjuang, cuma emosi dan sikapnya yang sungguh-sungguh menguji.

Bagi abah, kami semua tidak pernah mengertinya dan tidak percaya sakit yang dideritainya, tuduhan yang sakit tapi aku diamkan diri, tunduk dan akur itu cara dia mahu melepaskan sakit yang hanya dia tahu deritanya, sedangkan aku melihatpun kadangkala tidak sanggup.

Apapun tuduhan abah, aku tidak pernah berkecil hati, aku terima dan aku simpan sebagai senda gurau untuk bekalan kemudian hari.

Kadang-kadang aku bangga dengan diri sendiri, bisa teguh melalui tuduhan tanpa bicara dari abah semuanya azimat kata sahabat sampai matiku Ilah, terima sedanya selagi abah bernyawa, supaya tidak menyesal di hari muka, aku pegang erat kata-kata itu sahabat!

Untuk kalian semua, apa pun yang kita mahu lakukankan awas ya, jangan buek-buek!

andheisadiva: tak kan pernah menyesal, walaupun nanti tiada siapa peduli.

Posted at 3/3/2009 6:11:10 pm by andheisadiva
ada (7) yang BERDANSA  

Monday, December 15, 2008
ada

Ya aku masih ada, di sini tidak ke mana, cuma mungkin masa yang membataskan segalanya, atau juga mungkin aku sendiri yang culas dan tidak bijak mencuri masa.

Selagi namanya manusia pasti seribu alasan mengiringi kala ada yang tertangguh atau tertunda.

Empat bulan kebelakangan ini macam-macam yang hadir dari soal hidup yang membabitkan diri sendiri mahupun keluarga dan ia menunutut pertapaan emosi yang sangat tinggi, memencil sesekali dan melihat diri dari kaca mata cermin hati sendiri.

Akhirnya, bagai bait-bait lagu Laskar Pelangi, aku akur akan terus menari dan terus tertawa walau dunia tak seindah surga
bersukurlah pada yang kuasa, cinta kita di dunia.

Lagu yang sangat-sangat membikin aku ampuh dan berlari semula walau ada kala hampir tersungkur, dan bila dilagukan lagi-lagi bait berbunyi, "walau hidup kadang tak adil, tapi cinta lengkapi kita," sungguh ia seribu pengertian buat aku pastinya, pada kalian lain-lainnya aku tak pasti.

Paling syukur juga kalau dulu kalau mahu hampir roboh, air mata menjadi teman tetapi kini semua itu telah jauh pergi entah ke mana, aku makin positif malah semua itu alah biasa tiada rasa hiba-hiba meminta simpati teman menangis bersama, mungkin aku belajar realiti perlu berdiri sendiri kerana bukan sampai selamanya sesiapa pun akan selalu punya masa untuk kita, itu hakikatnya.

Tapi aku tidak boleh bohong sakit tetap terasa, bisa yang aku sendiri tanggung, kalau ada yang tahupun dua tiga insan cuma yang memang mengenali siapa Syarrizuan Abdul Rashid, untuk mereka-mereka itu terima kasih kerana kamu memang insan terulung, sungguh!

.:ABAH:.

Hujung Oktober, ada berita kurang indah dan awal November apa yang aku harapkan tidak itu nyata, abah disahkan menjadi pemilik penyakit paling digeruni, derita buah pinggang abah kini bertukar menjadi kanser, tubuh abah kering dan tika itu air mata aku tumpah, dalam kereta mujur ada teman dan makcik menjadi penenang.

Perkiraan ilmu kedoktoran abah tak punya banyak masa, namun mengalah bukan sesekali penyelesaian kami tiga beradik tidak betah sama sekali, lelebih lagi dengan kata-kata semangat sahabat-sahabat aku percaya semuanya ketentuan pencipta kita semua Allah yang paling berkuasa.

November, hampir tiga minggu abah berjuang, doktor berjaya keluarkan tisu pada bengkak kanser abah, syukur semakin lebar senyuman abah, itulah kuasa Allah yang sentiasa Maha Pengasih.

Sepanjang Disember, setiap hari pukul 5 pagi, abah perlu dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk suntikan anti kuman, sepakat kami bergilir-gilir tiga beradik, dan ia sedang berjalan dengan sebaiknya.

.:ABANG:.

Bukan membuka pekung di dada, di kala semua kelebihan diberikan tuhan dengan rezeki yang mencurah, dua biji rumah, kereta, gaji lumayan, tiga anak perempuan dan dua lelaki serta isteri yang baik, entah di mana silap dan salah tingkahnya abang jadi bukan abang, bukan dirinya.

Berani bermain cinta dengan seorang perempuan yang entah apa keturunannya, sanggup menjadi perosak rumahtangga, aku bukan seksis atau bercakapa berdasarkan ego gender tapi sungguh perempuan entah mana maruah, punya tunang tetapi masih mahu curang dan mengganggu abang.

Jangan salah faham, aku tidak kata seratus pertus kesalahan pada perempuan itu, mana mungkin tepuk sebelah tangan berbunyi, abang juga terlalu mengikut bisikan setan, lupa pada siapa dirinya.

Menurut seorang ustaz, abang termakan sesuatu yang kotor, pada pihak kami usaha sedang dilakukan.

Abang masih tidak jauh dari kami, cuma ada banyak helah, dan kalau dulu dia terbilang jika berkaitan abah, kini banyak yang tidak boleh dan tertangguh, malah kewangan abang yang tidak bermasalah tiba-tiba goyah, abang yang tidak pandai menangguh-nagguh bayar mula belajar tunda kerja.

Susah untuk dinyatakan segalanya di sini, tetapi perempuan itu terlalu berdosa kerana memberi busuk kemuliaan ciptaan seorang bernama wanita, perempuan itu kadangkala pada hemat aku lebih kotor jika dibandingkan jalang yang menjaja tubuh untuk sesuap nasi.

Jalang itu mungkin menjadi mangsa keadaan, tetapi perempuan itu mencipta keadaan yang menjadikan kakak ipar dan anak-anak buah aku menjadi mangsa!

Abang juga, silap kamu yang terlalu mudah percaya manusia, dan ini bukan kesilapan pertama kali.

Aku, diam dan berusaha di balakang cuma, kerana jika mula bersuara keadaan akan bercelaru dan paling utama aku tidak mahu jauh dari lima anak buahku, dulu ia pernah berlaku, tak sanggup untuk lalui sekali lagi.

.:KAKAK:.

Aku tumpang gembira, dan ternyata kakak, kamu zuriat terbaik abah dan mak, dan kau kakak teragung milik aku malah ikrar aku satu ketika dulu bahawa tidak ada sesiapa boleh membuat kamu walau sekelumit terasa berbaloi.

Kakak, insan yang paling banyak berkorban, dan aku akur dan setuju kakak terbaik antara kami.

Tiga anak kakak cemerlang, berkat ketaatan kakak pada ibubapa, teruslah bakti kamu kakak.

Tahniah Amir untuk lima A keluarga kita dan Huda kerana lulus dalam UPSR lepas.

.:AKU:.

Seperti selalu, cuma situasi yang adakalanya menghalang aku menggapai bintang, tapi ia tetap akan menjadi gengaman pasti.

Makcik, kamulah kekuatan aku yang tidak akan dipersiakan.

andheisadiva: mari berdansa denganku insyallah akan hidup, kembali!

Posted at 12/15/2008 3:59:56 pm by andheisadiva
ada (3) yang BERDANSA  

Sunday, October 19, 2008
cak!

Begitulah adanya, akhir sekali Ogos dan kini baru berpeluang menulis kembali di sini, masa memang kini terlalu pantas, itu hakikat untuk semua segala perancangan kena terus elok tersusun jika tidak, memang sukar terlaksana.

Salam Syawal dan ampun maaf sekiranya ada kesilapan, aku juga manusia yang ada buruk tingkap salah berkata, walau agak lambat, dari lebih mulia dari tiada langsung ucapan, ditakdirkan hari ini sempat mencuri masa berkongis rasa-rasa yang bersarang di jiwa, tuu dia cam tajuk novel la pulak kan.

:: RAMADHAN

Sepanjang Ramadhan lepas biasa sahaja, cuma aku berjaya elak diri dari hadir majlis berbuka puasa koporat di hotel-hotel khasnya, undangan berlambak cuma memang tidak ada hati waima bernafsu hendak menghadirkan diri, berbuka seadanya lebih indah dan bermakna.

Dihitung-hitung ada la dua kali aku berbuka di hotel itupun atas jemputan dan menjaga rapport, MBSA and bersama MB lain-lain kad undangan terbiar atas meja, sombong? Bukan itu tidak sama sekali cuma entahla, tidak ada apa yang menggamit.

Aku bukan seperti sesetengah manusia, sanggup bekejar mengenepi keluarga, mencari tempat berbuka percuma malah ada yang lebih memalukan berharap duit raya, sampai nampak sungguh tidak senonoh, itulah manusia macam-macam ragam.

Malu lagi, bila tidak dijemput dengan selamba hadir juga, apakah itu.

Sepanjang Ramadhan juga paling mahal belanja berbuka aku, kala sendiri berbuka di pejabat order pizza hut, RM50 kot hehehe sudahnya berbaki sampai sahur.

Kenangan berbuka paling cool dan best pula pastinya dengan keluarga, oh juga dengan sahabat-sahabat dan student aku, aku nak share list berbuka best and cool kira-kira taraf breaking fast with the star katanya, antara tersenarai ialah:

*dengan makcik ku.

*kema, ridza n makcik, we ols beratur ni gigih seawal pukul 3.30 petang kat pasar
ramadhan stadium nak dapatkan papa roti john.


*ngan sop, ilah, cik gigi, syed and makcik kat Nandos.

*with en fadhil, adith, intan n rina berbuka dalam kelas lepas aku mengajar.

*last week before raya berbuka plak ngan student-student kat library, di mana aku
found out best seri muka ever!


*berbuka @ rumah cik fadhil with adith, intan, fara, mas&hubby.

*mbsa @ Holiday Inn Glenmari with ilah, sor, kak zie n eddy, alah yang datuk
bandar datang meja aku and salam tu, well pemilik crown
katanya kita tak payah poyo, tuuuu dia takburrina katanya!

*berbuka kat Asiari SACC ngan ilah, cik gigi, makcik n zue.

*two days before raya with sophia (tengs nok), sor and makcik @ chilis (walaupon hampir berlaku drama kan!)

Untuk students, thanks for kuih raya ek, tak sangka ada lagi! :P

:: SYAWAL

Oh raya kali ini, kami sekeluarga sepakat bercuti ke Kuala Terengganu, kakak ku dapat penthouse syarikatnya, cuti yang ok la cuma banyak kedai tutup and nothing so special about food kat kt la ek! just seindah biasa dan paling mencabar penthouse itu tiada lif ye, no lift only stairs!

Malam raya family kakak tidur kat rumah, aku letih sangat malam tu bantu apa yang patut, just pagi raya tu baru kemas segera dan pasang langsir dan isi kuih semua tu memang tradisinya kerja aku la kan.

Pagi raya keluarga mak su dan abang sampai bersalam-salam, masa tu la meriah terasa selain malam sebelum main bunga api dengan anak-anak buah, oh dah besar anak-anak buah aku!

Raya pertama tidak ke mana-mana, cuma ke rumah jiran, tetamu pun jiran aku n ilah sekeluarga malam datang berkunjung ke rumah.

Kami pergi dari raya ke dua sampai ke lima, raya ke empat aku sepatutnya balik tapi hati tak sedap hati sebab dah lewat bila berkunjung ke masjid hati bukan kristal bagai kan singgah losong yang bukan nak beli lesung tapi keropok serta tambahan kerpok lagi di maran, begitulah bila keluarga harmoni diberi beri peluang bercoti.

So, raya ke empat aku decide ikut kakak stay semalam kat awana kijal, very comfortable cuma parking agak berkonsepkan saie la berbukit bagai tapi sebab dah selalu praktis catwalk maka segala dihadapi dengan senyuman.

Sebagai driver kereta maka kita kena la berlagak macho, hantar penumpang sambil muka depan pintu hotel kita la pi park kan kereta dan catwalk! lu pikirlah sendiri katanya! apakah g, berbukit occay!

Raya ke lima bertolak pulang, dan dugaan datang menduga dan siapa sangka siapa menduga, tayar kereta ku pancit ketika sedang jem nak mapos dakit lebuhraya karak, memang mimpi negeri-negerian jadi kenang-kenangan.

Sah-sahla baru pose pegang screw driver i ols berpeluh dah macam sertai pertandingan iron man langkawi, belom pikir nak jek kereta dan tuka tayar yang sumpah aku letih walau hanya memikirkan ia sahaja!

Kereta kakak dah jauh didepan terpisah sebelumnya sebab kami berenti di beberapa destinasi berbeza.

Tapi orang baik-baik macam aku ni kan (katanya!) syukur, pasti tuhan pun tahu dan bantu! tetiba ada tiga abang jabatan bekalan ari bentong katanya, bukan bentong kali la tapi one of them sedara dia la, berhenti dan hulurkan bantuan.

Ikhlas sangat mereka, aku hulur duit pun tak nak tapi aku bagi juga buat minum-minum kopi dituduhnya, sebaik selesai kami teruskan perjalanan terus teringat tak rugi kalau kita tolong orang nanti satu hari orang akan tolong, kalau sapa yang baca blog ni since dulu mesti ingat kisah aku dilema nak tolong ke tak sorang india ni minta bawa dia belikan minyak ketanya yang abis.

Aku perlu sampai awal sedikit sebab malamnya dah berjanji dengan kema mahu teman dia ke batu pahat hantar adik dia pulang ke maktab dan melawat ridza sekali, sampai rumah lepas hantar mak dan abah pukul 7 malam terus mandi dan siap-siap.

7.30 malam kema sampai dan kami ke Batu Pahat, tido sana semalam, esoknya ke ayer hitam, singgah umbai dan check in bayu beach resort kat pd, tido petangnya balik ke kl gituhla, jalan-jalan raya dari terengganu, balik shah alam, pi batu pahat, singgah melaka dan lepak di negeri sembilan sebelum pulang semula ke shah alam.

Di shah alam, sempat habiskan masa beraya di rumah soraya, ilah sebelum memulakan kerja seperti biasa semula, itu raya kali ini.

Apa yang pasti no more vacation during raya, sebab kedai makan susah, makanan adalah keindahan utama ketika bercoti kan!

Rasanya panjang sudah, nanti kita kongsi lagi ek!

andheisadiva: hargai sesiapa sahaja yang istimewa ketika ada, jangan bila sampai masa dia pergi dan tidak kembali walau menoleh cuma, baru ada timbul penyesalan tidak kiralah keluarga, kekasih mahupun sahabat!

Posted at 10/19/2008 5:08:05 pm by andheisadiva
ada (4) yang BERDANSA  


Previous Page Next Page





andheisadiva
March 22nd 1981  (Age 28)
Male
Malaysia



   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed