MARI BERDANSA DENGANKU


Friday, July 31, 2009
risalah hati

akhirnya hari ini aku kembali ke daerah yang dah lama aku tidurkan.

seperti biasa bila menjengkuk ke sini, untuk aku adukan kisah sedih supaya tidak sakit tanggung sendiri.

Abah di ICU sejak Selasa lepas, sebelum ni abah mula waded 17 Julai hari tu, mula-mula kat wad biasa tapi few days back masuk ICU sebab komplikasi jantung.

Petang tadi doktor jumpa kakak, jantung abah dah ditahap paling lemah, so no more dialisis for him, dah tak boleh langsung (abah memang go for dialisis since 2005)

so, sekarang abah akan lalui pembedahan di perut untuk saluran tebuk air, lepas ni abah perlu melalui proses cuci air empat kali sehari setiap enam jam.

satu persatu derita abah.

too bad to face pulak, buah pinggang abah dah totally damaged, so doctor nasihat operate buang, but since kata doctor buang bahaya tak buang bahaya, aku n kakak setuju let it be, no more operation, tak sanggup tengok derita abah! cukupla.

otak aku, hampir jammed tapi sekarang aku suka tak layan, buat-buat tak tau, buat-buat lupa sebab banyak sangat yang bermain, kos, derita abah, harapan, mak sakit, nasib diri ahhhhhh nak menangis pun dah tak lalu.

BERJALANLAH TANPA HENTI

yang buat aku tenang, bisik-bisik sahabat bahawa aku memang dilahirkan sebagai fighther dan kuat, dan paling atas Allah hanya uji mereka yang layak diuji dan ujian Allah tanda kasihnya.

Setiap kali aku hampir rebah dan tersungkur, bisikan indah itu menyapa teling seiring dengan lagu Ku Mohon.

Aku tak mau fikir, aku mahu lontar jauh-jauh sebab ia sangat menyakitkan dan bukan semua yang memahami, ada yang fikir aku terlalu manja dan lemah berdepan dengan semua ini, kalian boleh cerita apa sahaja, aku yang bermain wayangnya dan pemegang wataknya.

kisah aku bukan kisah indah, cuma kisah tentang sebuah perjuangan yang mungkin sekelumit pada mata rambang orang, tetapi tidak anda kalian hadir sebagai pemain pembantu seperti beberapa sahabat aku yang sentiasa berusaha memahami diri ini.

aku tidak minta simpati, cuma belajarlah bersyukur kerana kalian tidak mendapat watak aku, ironinya aku belum sekalipun menyesal malah membawakan segala kisah ini dengan seadanya, aku redha!

andai ada yang masih berselera berkongsi kisah aku, aku mohon doakan abah dan mama aku terus kuat, juga aku.

memegang watak sebagai Syarrizuan bukan mudah, pentasnya penuh gundah tapi sentiasa ada tuah, selagi ada nyawa aku akan berjalan tanpa henti, walau apapun yang terjadi.

salam.

andheisadiva: belum berhenti berharap!

Posted at 7/31/2009 8:38:29 pm by andheisadiva

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments





Previous Entry Home





andheisadiva
March 22nd 1981  (Age 28)
Male
Malaysia



   

<< July 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed